Saturday, February 13, 2010

Coretan Dari Meja Pengurus Ladang

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran ke hadrat ILAHI atas izinNYA dapatla Bumi Niaga Enterprise ini ditubuhkan..dan jutaan terima kasih kepada semua yg terlibat terutama pada abang ipar yang juga merangkap Ketua Pembangunan dan Operasi syarikat. Tidak lupa juga pada tulang belakang yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat selain sama2 menjayakan perniagaan ini iaitu isteri tersayang..Naziehah (a.k.a GHA).
Pada permulaan nya, dalam tercari-cari apakah perniagaan yang sesuai untuk diusahakan saya dan isteri tertarik dengan penternakan itik seperti yang diceritakan dari seorang kawan. Pada asalnya, memang banyak halangan untuk memulakan perniagaan ini memandangkan ia memerlukan tenaga, kos, penjagaan dan lain-lain perkara yang rumit. Tetapi kami mengambil keputusan untuk mencuba seperti bak kata pepatah melayu "Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia sape yg tahu?" .
Pengetahuan mengenai penternakan terutama berkaitan itik memang langsung tiada dalam fikiran tetapi memandangkan semangat untuk mengusahakan penternakan laman-laman diinternet dirujuk sebagai panduan. Tidak lupa juga, maklumat diperolehi dari beberapa individu yang berpengalaman berkaitan ternakan itik. Antara individu yang tidak lokek berkongsi maklumat mengenai ternakan itik adalah En. Razak (Unggas sari, Temerloh), En. Saiful (Sendayu Tinggi), Rahelah Begum (Bestari Jaya) dan ada beberapa individu lain melalui panggilan telefon. Jutaan terima kasih atas segala nasihat serta tunjuk ajar yang dikongsikan, melalui pengalaman mereka ini lah menjadikan saya lebih bersemangat untuk menternak itik.
Dalam penternakan ini, saya memilih itik jenis "khaki campbell" yang diperolehi dari Siam dibeli dengan harga RM3.75 seekor. Produk utama dalam perniagaan syarikat adalah jualan telur segar itik dan telur masin yang disalut menggunakan sekam padi dan tanah liat. Sasaran utama jualan produk adalah sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Memandangkan masyarakat Malaysia kita memang biasa dalam menu harian terutama dalam hidangan "nasi campur" tak lengkap kalau tidak disajikan dengan telur masin dan masak lemak telur itik.

No comments:

Post a Comment