LATAR BELAKANG SYARIKAT

Bumi Niaga Enterprise merupakan syarikat sepenuhnya milik bumiputra yang menjalankan perniagaan berasaskan pertanian dan penternakan. Antara perancangan perniagaan utama syarikat adalah penternakan itik penelur atau khaki campbell. Bagi permulaan perniagaan 500 ekor itik penelur diternak merangkumi 490 ekor betina dan 10 ekor selebihnya adalah jantan seperti yang telah ditentukan. Rancangan utama perniagaan syarikat adalah telur segar dan telur masin sebagai produk.




Lokasi utama perniagaan dijalankan di Batu 3, Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor milik tanah persendirian. Syarikat Bumi Niaga Enterprise ini telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran SA0141080-W. Syarikat milik persendirian tetapi didaftarkan secara perkongsian yang diterajui oleh Md Farizsazali Mohd Danuri sebagai Pengarah Urusan dan Mohamed Rodi Mohamed Dasuki sebagai Ketua Pembangunan dan Operasi.