Tuesday, March 16, 2010

GAGAL

Untuk kali ke-2 itik-itik dikejutkan sekali lagi dengan serangan gagak, ~ini adalah salah satu dugaan atau ujian yang perlu dihadapi oleh penternak. Memandangkan perangkap orang2 gagal menghalang kemasukkan gagak ke kawasan ladang, kami terpaksa memikirkan langkah yang lain. Akhirnya, kami telah memasang jaring~lutsinar sebagai perangkap gagak. Setelah 5hari memasang, gagak tidak kelihatan. Semoga usha ini berkesan, setakat nie 6 ekor itik telah mati dek si gagak.

ITIK MAKAN

Thursday, March 11, 2010

CATATAN MAC

Bulan Mac itik -itik telah dikejutkan sekali lagi dengan kehadiran2 gagak sebagai "pemangsa" . Agak terkilan juga apabila diberitahu yang iti-itik telah dibaham dek si gagak..sebyk 3 ekor, rase marah, geram, bengang..semua ada, tp ini lah kenyataan yg perlu diterima oleh semua penternak.
Agak mengejutkan juga apabila gagak menyerang iti-itik ni, memandangkan itik2 nie dh berusia 70 hari (2bln 11 hari). Apa yang perlu disini kami mencari apakah langkah atau cara mengatasi gangguan si gagak "pemangsa". Guna senapang ? guna jaring ? Guna perangkap gam?
Langkah mudah yang kami buat sekarang adalah ~ memasang orang2 dan kayu kibaran tape.sebagai penghalau gagak..semoga langkah ini dapat mengelakkan dari gangguan gagak..jadi baki itik yg masih selamat nie, harapannye..terus hidup untuk 2thn akan datang dan terus bertelur dengan banyak...~amin~